Hari ni 15hb Oktober 2009. Aku memulakan pengambilan ISAGENIX buat kali kedua untuk cuba membuang toksik dan menurunkan berat badan. Usaha ini untuk mencapai ke berat Ideal...Bukan mudah kan nak kurus. Kalau setakat cakap memang senang hahahahaha.
Sebenarnya aku start balik nak makan ISAGENIX sebab pertama kali aku mencuba berat aku turan 12kg (dengan senaman Netball setiap pagi dan petang) terkejut aku tengok penimbang tu ingatkan rosak tau hahahahah dan lagi satu sebab aku nak masuk Interview kenaikan pangkat dan yang paling penting untuk mengurangkan masalah untuk mengandung. Sebab ada Doktor cakap berat badan yg berlebihan(obesiti/gemuk) juga boleh dijadikan satu sebab kenapa kita susah mengandung. Niat dihati nak tambah 'Zuriat', lagipun Syafiqa Farissya dah 3 tahun 3 bulan. Insyallah semuanya kerja Allah aku cuma berusaha dan berdoa semoga doa aku dimakbulkan Amin.
Hari ni aku ambil sarapan ISAGENIX shake.....

Kenyang dan bertenaga badan ini . Oleh kerana semalam aku buat open house maka hari ini adalah hari untuk kemas rumah sambungan kerja malam tadi yang masih tak sempat buat hehehehehe biasalah saudara mara datang malam balik kul 11.00 asyik berborak aje tu yg tak sempat buat banyak kerja rumah. Banyak Periuk dan peralatan yang kena kemaskan dan simpan balik dalam stor. Oleh kerana dah makan ISAGENIX (sarapan) maka tak payah sibuk nak buat sarapan. Baby (Farissya) lambat sikit bangun. Sempat lah aku membasuh dan mengemas dapur. Bila dah kul 8.30 pagi Baby bangun terpaksa tinggalkan kerja kejap uruskan dia pulak. Time tu lahhh dia ajak kita sambung tidur sama dia..... Tapi apakan daya kerja masih byk, aku pujuk dia mandi dan nanti boleh turun bawah tengok Tv cerita Tom Tom Bak Dan Fifi The Flower Tort. mujurlah dia nak. bila dah siapkan baby... skg time beri dia sarapan pulak..... dia nak makan nasi impit dan ayam goreng rempah. aku siapkan lahh untuk dia. Baby dah settel, skg aku pulak sambung kerja.... mengmop lantai dan menyusun periuk. Patah pinggang ini rasanya.... sambil buat kerja tu aku dapat menghabis air putih/kosong 1.5 liter banyak kan bila tengok botol macam tak percaya aje hahahahahaha.
Ni cerita tengah hari pulak, Kalau makan ISAGENIX, Makan tengah hari mesti ambil 400 hingga 600 kalori aje... oleh kerana hari ni hubby kerja aku tak payah lahh nak masak untuk dia hanya tanya baby nak makan apa je. Aku pun cuma makan puding dan kerepek raya yang berbaki dalam balanga aje. Oleh kerana aku dah ambil sarapan ISAGENIX aku tak rasa mengantuk pulak tengah hari ni. Maka hingga ke petang aku tak tidur. Bersih jugak lahh rumah aku kemas kecuali lipat baju hahahaahh (Boring lahhh) Kerja yg tak mengembangkan minda hahahahaha. Sambil tengok Tv cerita CSI botol air sentiasa menemani ku :). Pejam celik ni dah 3 liter aku minum.
Petang Hubby dah oder nak makan hati dan pedal goreng berlada. Yelah semalam Open house masak nasi ayam byk lah hati, jantung dan pedal ayam. Maka bila hubby dah oder aku pun masaklah lauk untuk dia... masa dah siap lauk tu tercabar jugak untuk aku makan Nasi. Rasanya macam hati dan pedal tu melambai-lambai suruh aku makan :( GERAMMMMMM GERAMMMM
Kalau ikut kan hati aku nak bedal jugak sikit hahahaha. Apa lagi aku pun curi makan sikit tp mengatah lauk aje tak makan ngan nasi pun.. bila ingat, membazir pulak Makan ISAGENIX tp tak ikut peraturan. Nanti bila berat tak turan marahkan produk tak bagus pulak hahahahahahah :) Itulah Godaan Makanan kan. Nasib baik bila Saiko balik tak pelah nanti bila dah kurus boleh makan hahahahahahaha. Lepas hubby makan dia suruh buat kopi Old Town pulak. Mak aiiiii bau kopi tu terpukau siottttt. Aku pun apa lagi buat diua cawan lahh :)
Hari ni aku kerja shif malam sebelum pi kerja sekali lagi aku ambil ISAGENIX shake lagi ni dicampur ngan Fiber. Sebelum pi kerja aku sempatlah mengisi air dalam botol untuk minum malan nanti.
Semoga Hari pertama ini merupakan satu langkah pertama aku yang kecil untuk masa hadapan :) aku harap semuanya berbaloi.
Kerja malam hari lagi banyak dugaan. dia orang masak mee hoon. Masa En king bawa masuk bilik awasan makkkkkk aiiiiiiiiiii bau dia. nasib baik aku sabar lagi. Tetiba kak T nak beli Som Tam apa lagi aku pun tumpang lah sekali. Oder kat Anuar. Bila Anuar Balik som tam tak ada yang ada Rojak buah. Ditambah pula ada org sedekag Murtabak daging....... mencabar mencabar. tapi apa kan daya godaan makanan ini, aku pun bedal lah sikit hahahahahaha


No comments:
Post a Comment